• Facebook
  • Yahoo
  • Live
  • Google
Johan-Iskandar
by on February 4, 2017
2,579 views

Adat Pengurusan Kematian Orang Melayu ini saya belajar semasa kerja sambilan dulu sebagai penggali kubur dan uruskan jenazah zaman sekolah.


# Mengenai kenduri tahlil dan hari pengebumian

Adat Baru Kematian

- Apa yang saya faham, orang kampung akan datang dan membawa makanan seperti pisang, nasi dan apa-apa sahaja untuk meringankan beban keluarga waris pada si mati.Ini juga untuk majlis kenduri tahlil.
- Penghulu dan pihak pengurusan masjid akan membantu menguruskan jenazah.


Adat Semasa dikubur
- Orang kampung akan membantu keluarga si mati gali kubur.
- Orang melayu dilarang pakai kasut semasa berada dikawasan kubur atau sedang gali kubur.
- Dilarang melangkah kubur orang Islam
- kawasan sekeliling Kubur akan dibersihkan setelah jenazah dikebumikan termasuk batu dan benda tajam..
- Baldi atau tempayan air disediakan dilaluan keluar dari kawasan perkuburan untuk membersihkan kaki.
- Larangan ketawa semasa ditanah perkuburan
- Dilarang duduk atas kubur


Bentuk Dan Ciri-Ciri Kubur Orang Melayu
- Kubur Melayu ada 2 batu nisan
- Batu nisan berbentuk bulat adalah kubur lelaki
- Batu nisan berbentuk leper adalah wanita. 
- Kain dibalut pada batu nisan bahagian kepala sahaja untuk membezakan mana kepala dan kaki
- Antara warna yang digunakan untuk balut batu nisan ialah putih rakyat biasa dan kuning raja (kuning susu) untuk kerabat atau orang besar
- Kuning zafran dilarang sama sekali
- Dilarang membuat binaan dibahagian atas mayat, Binaan keliling kubur yang tidak menutup atas bahagian mayat dibenarkan, Batu nisan dibenarkan sebagai penanda.
 


Contoh batu Nisan Perempuan


Contoh Batu Nisan Lelaki

 

Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM
pengarah@alammelayu.my

Sila betulkan jika ada sebarang kesilapan maklumat.

2 Liked
2 people like this.
Makincek
Baru hari ni tau beza batu nisan laki2 dgn prempuan.. bulat dgn leper. selama ni x prnah tau.
Johan-Iskandar
Berkaitan masalah memakai selipar di kawasan perkuburan, ada jumpa ada khilaf ulama. Ada kata makruh, ada kata harus, dan ada kata haram pada selipar jenis kulit. (Ibn Hazm). بينما أنا أماشي رسول الله صلى الله عليه و سلم مر بقبور المشركين فقال لقد سبق هؤلاء خيرا كثيرا ثلاثا ثم مر بقبور المسلمين فقا...View More