Attending
2 Attending
  • DorisJani
  • Johan-Iskandar
Created By:
Start Time
8:00 am
Saturday
May 6, 2017
End Time
6:00 pm
Saturday
May 6, 2017
Category:

Location

Location/Venue:
Galeri Melayu Pulau Pinang, No 138, Jalan Hutton, 10050 Geogetown, Pulau Pinang
Country:
Malaysia

Description

Bengkel Pengenalan Destar, Tanjak dan Tengkolok

Tarikh: Sabtu, 6 Mei 2017

Masa: 8pagi-6petang

 

Tarikh Tutup Penyertaan: 4 Mei 2017

Tempat:

Galeri Melayu Pulau Pinang,

No 138, Jalan Hutton,

10050 Geogetown, Pulau Pinang

 

Berminat Sila Hubungi atau WhatsApp : 

• Pejabat ( 03 78322470 )

• Tams( 019 634 4077 / 018 665 4314 )
• Doris ( 017 244 2194 )
Waktu bekerja 2pm-11pm

 

Www.tradisional.com.my

Waktu operasi

2pm-6pm / 9.30pm-12am .
No. 23-2 second floor, Jalan U3/3(bk), 
Seksyen U3, 40150 shah alam, 
selangor. Malaysia.
------>>> 3 minit dari subang airport, 
Belakang Petrol Station Caltex sebelah masjid 
https://goo.gl/maps/xQChd3NY3f32

 

Pengisian

Warisan Tradisional Melayu ialah sesuatu yg diwariskan supaya ia kekal sama dan bukan suatu rekaan yang baru. Ini penting supaya keaslian, falsafah dan rekabentuknya tidak hilang digantikan dengan rekaan yang baru. Keaslian tradisional amat penting untuk keselamatan rujukan kepada generasi akan datang supaya tidak tertipu apabila mencari asal usul dalam membuat rujukan. Sebab itulah sumber sesuatu ilmu yang diambil itu haruslah jelas dipelajari dan bukan ditiru atau rekaan baru yang dikatakan lama. Ini kerana sesuatu yang ditiru itu hanya akan menambahkan kesan buruk pada rujukan generasi akan datang kerana banyak kesalahan disitu walaupon ianya nampak sama.

Dalam bengkel tanjak ini, peserta akan ditekankan mengenai:-

- Memahami falsafah dalam tanjak. Falsafah sangat penting untuk mengelakkan kesilapan dalam posisi bahagian tanjak. 

- Mengenali tanjak palsu yang dibuat secara meniru dan perbezaan bentuk tanjak warisan Melayu sebenar. Ini penting untuk membuat perbandingan dan pengesahan tiruan dan asli. 

- Mengenali perbezaan pembuat tanjak yang belajar secara berguru atau meniru.

- Mewarisi ilmu yang asli dari turun temurun dan mengajar pada generasi akan datang

- Memahami perbezaan antara belajar secara tradisional dan moden. 

- Mengelakkan berlaku kesilapan yang memalukan pada pemakai dan pembuat tanjak. Contohnya memakai tanjak bersimpul tiada keturunan/asal usul atau anak haram.

- Adab membuat tanjak.

- Memahami perbezaan dan perubahan apabila berlakunya majlis protokol, adat istiadat

- Perubahan mengikut zaman, daerah, masa dan pemerintah

- Rahsia mengapa tanjak begitu penting dalam alam Melayu

Activity Feed
Johan-Iskandar
View More