• Facebook
  • Yahoo
  • Live
  • Google
Johan-Iskandar
by on January 22, 2017
924 views

Kalau memakai Keris
Keris tersisip sebelah kiri
Keris beradat berlembaga
Kalau memakai keris terlentang
Itu tanda mencari lawan
Bagai ayam kokok berdentang
Bagai dubalang masuk gelanggang
Elok dipakai dalam hutan
Atau belayar tengah laut
Untuk menjaga-jaga diri

 

gambar diatas adalah contoh pemakaian keris sampir terlukup atau disebut  keris terapang

Kalau keris sampir terlukup
Keris tidak mencari lawan
Keris tidak mencari musuh
Yang dipakai dalam jamuan
Yang dipakai pergi bertandang
Berbelit punca wali
Berselubung sampai ke hulu
Tanda beradat berketurunan
Patut disebut keris terapang

Sumber : Tenas Effendy

 

Ditulis Oleh Johan Iskandar
Pengarah Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu
www.tradisional.com.my
www.alammelayu.my
YDP Kelab Riadah
 Seni Warisan (KERISWARISAN)

8 Liked
8 people like this.
Johan-Iskandar
memang lain, lain kerajaan, lain pemerintah dan lain tahun. semua bergantung pada pemerintahan
Megat-Panji-Alam
Cara pemakaian keris oleh orang Minangkabau berbeza sedikit. Nanti kita cuba usahakan dapatkan artikelnya, insya Allah.