• Facebook
  • Yahoo
  • Live
  • Google
Johan-Iskandar
by on January 20, 2017
2,648 views

Tanjak ada Titisan Terimba. Jangan terkeliru antara perbezaan antara Titisan Terimba dengan Sanad. #Titisan_Terimba Titisan Terimba ialah Salasilah atau silsilah Titisan Terimba adalah seperti gambarajah ini. Hanya mereka yang benar belajar secara lengkap dan bukan sampingan sahaja yang tahu mengenai ilmu ini. Titisan Terimba menyimpan banyak rahsia sejarah tanah Melayu yg tersirat. Contohnya dengan melalui Titisan Terimba kita boleh tahu apa sebenarnya terjadi dalam sesuatu kerajaan atau kejadian ketika itu dan asal usul mereka. #SANAD SANAD atau isnad secara bahasa artinya sandaran, maksudnya adalah jalan yang bersambung sampai kepada matan, rawi-rawi yang meriwayatkan matan hadits dan menyampaikannya dan semuanya berkaitan dengan nabi Muhammad S.A.W. Sebab itu adalah sebaiknya belajar melalui guru dan bukan belajar secara MENIRU kerana akan membawa pada banyak keburukan pada generasi akan datang walau ia menguntungkan dengan cara mudah. Ada juga pihak yg cuma mengambil kesempatan menggunakan isu sanad ini supaya dapat MENGELIRUKAN dan mendatangkan kebencian terhadap warisan melayu yg kononnya bidaah. Sedangkan dalam Ilmu Tanjak ini tidak ada kena mengena langsung dengan Sanad #Perbezaan guru mengajar yang ada Titisan Terimba Dan tanpa Titisan Terimba Guru yang ikhlas mengajar akan menunjukkan cara pembuatan mengikut titisan terimba satu persatu dari ibu tanjak hingga ke kembangan atau pecahan seterusnya. Manakala guru yang mengajar muridnya cara membuat tanjak tanpa mengikut titisan terimba pula mungkin mempunyai beberapa sebab seperti - Tidak ikhlas mengajar atau sekadar menunjukkan/demontrasi dan bukan mahu mengajar sepenuhnya atas sebab kurang berkenan dengan muridnya. - Sekadar ingin mengambil hati menunjukan cara buat supaya murid yang ditolak tidak kecil hati. - Gurunya sendiri tidak belajar cara yang benar. - Tidak tahu mengenai titisan terimba kerana belajar secara tidak rasmi atau dahulunya belajar secara meniru. #Kepentingan Titisan Terimba Dalam Ilmu Tanjak Titisan terimba amat penting dalam pembuatan tanjak untuk memastikan supaya rekabentuk kekal cukup syarat dan tidak salah. Ini kerana sesuatu warisan tradisional Melayu adalah diwariskan dan bukan rekaan baru. Maksud warisan ialah ilmu yang diwariskan atau diajar secara turun menurun dari zaman dahulu hingga ke sekarang. Tanjak yang dibuat mengikut titisan terimba menyimpan sejarah tersirat dan memberi bayangan jawapan untuk generasi baru mencari asal-usul mereka.

 

 

Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM
pengarah@alammelayu.my

 

Sila betulkan jika ada sebarang kesilapan maklumat.

4 Liked
4 people like this.