• Facebook
  • Yahoo
  • Google

Satu perkongsian yang hanya berguna pada mereka yang faham. Di Australia ada beberapa kenalan dan kawan mengadu dan bertanya bagaimana hendak membaiki busur yang rosak kerana panas. Banyak busur laminated dan buatan korea dan yang menggunakan bahan asas dari carbon rosak. Keseluruhan semua yang rosak ialah busur yang kategori mahal dan cantik. maka hati-hati dengan cuaca panas yang diluar jangkaan zaman sekarang ini.

Buatlah persediaan dengan bijak untuk akhir zaman

p/s: Para sahabat nabi dan nabi menggunakan busur yang tahan lasak yng boleh digunakan untuk pukul musuh

Binatang Mati

Tayar Cair

Jalan Cair


Koala tahan penunggang basikal dgn memeluk betis merayu minta air kerana panas & dahaga yg tak terhinggaߘͰߘ͂.sedihnyaaaaa.difahamkan cuaca Australia dah cecah 50deg cel..."

info daripada Afieza Ariffin

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SYDNEY 19 Jan 2019. - Australia kini berde͂pan dengan cuaca panas paling buruk dalam tempoh 80 tahun, menyaksikan suhu meningkat sehingga 40 darjah Celsius dalam masa enam hari berturut-turut di seluruh negara.

Portal Mail Online melaporkan, cu͂a͂ca panas melampau itu menyebabkan beberapa jalan raya menjadi ͢cair’ serta banyak haiwan mati dan kebakaran hutan semakin merebak di New South Wales dan Victoria.

Keadaan itu menyaksikan ratusan penduduk di negara ini memenuhi kawasan pantai Bondi di sini bagi menyejukkan badan daripada suhu panas.

Pekan Noona di New South Wales dilaporkan mencatat suhu minimum setinggi 35.9 darjah Celsius kelmarin, sekali gus menjadi rekod terbaharu di seluruh Australia.

Sekurang-kurangnya lima da­ripada 10 hari terpanas di ne­gara ini direkodkan pada minggu lepas, dengan hari pa­ling panas direkodkan pada 7 Januari 2013 apabila purata suhu mencecah setinggi 40.3 celsius.

Pakar iklim di Biro Meteoro­logi Australia, Simon Grainger berkata, berdasarkan tahap dan jangka masa, situasi terkini menunjukkan gelombang panas telah menjejaskan kawasan daratan di timur Australia.

Sehubungan itu, pihak ber­kuasa mengeluarkan berpuluh-puluh amaran yang menyeru semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati kerana kenderaan lebih mudah rosak dalam keadaan cuaca yang panas melampau.

Jabatan Bomba New South Wales pula melaporkan, pasukannya bertungkus-lumus memadamkan lebih 60 kebakaran dengan 13 larangan pembakaran dikuatkuasakan di seluruh negara.

Tiga kanak-kanak di barat daya Sydney terpaksa dima­suk­­kan ke hospital kerana ke­lesuan serta muntah melam­pau manakala 16 lagi di Australia Selatan dirawat kera­na pelbagai penyakit akibat suhu panas.

Selain itu, perkhidmatan tren di Sydney memaklumkan, jadual perjalanan mungkin ter­jejas susulan suhu yang semakin meningkat.

Agensi kaji cuaca meramalkan suhu akan bertukar lebih sejuk di beberapa buah bandar utama Australia pada hujung minggu ini, berserta hujan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/suhu-panas-australia-jalan-raya-8216-mencair-8217-1.825630#ixzz5dVogLnJq 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Last update on January 24, 4:54 pm by Johan-Iskandar.