January 22, 2017 by

Tahukah anda bagaimana cara merenjis dengan betul?.

Istiadat Merenjis Tepung Tawar

Istiadat Merenjis Tepung Tawar semasa hari perkahwinan adalah salah satu cara untuk berdoa semoga pasangan pengantin selamat bersanding. Pada zaman dahulu, upacara Istiadat Merenjis Tepung Tawar dijalankan seorang demi seorang pasangan pengantin dan bukan secara serentak. Istiadat Merenjis Tepung Tawar dijalankan sebelum pengantin bersanding diakhir majlis. Cara dan bahan Istiadat Merenjis dimalaysia juga berbeza dengan cara diluar negara seperti disumatera mereka menambahkan bertih sebagai tambahan.

Antara peralatan dan bahan yang diperlukan ialah

- Daun untuk merenjis seperti pokok pandan atau daun setawar yang digulung.
- Tepung beras yang ditumbuk dicampurkan dengan sedikit air dan perahan daun setawar
- Beras kunyit atau beras yg dikuningkan dgn kunyit.
- Bunga Rampai iaitu campuran bunga yang wangi dan daun pandan yang dihiris nipis-nipis.
- Air bunga mawar
- Satu bekas diisi dengan air bunga mawar
- 3 mangkuk kecil untuk diisikan mengikut turutan

  1. Air Pekat Tepung Beras
  2. Beras kunyit
  3. Bunga Rampai

Cara istiadat merenjis mengikut urutan yang betul ialah:-

Langkah 1- Celupkan daun yang digulung sedikit kedalam bancuhan tepung beras dan renjiskan kebadan pengantin dalam bentuk pangkah atau bahasa lamanya ialah (pilis). Posisi dan langkah merenjis mengikut turutan ialah dari atas bahu kiri ke peha kanan bawah pusat, Dari peha kanan bawah pusat ke peha kiri bawah pusat dan dari peha kiri bawah pusat ke atas bahu kanan. Turutan langkah ini akan membentuk huruf Lam Jalalah seperti (gambar rajah 1). Pastikan bahagian bawah renjis mengelilingi pusat seperti gambar rajah dibawah.

Langkah 2 - Beras kunyit diambil sedikit oleh perenjis dan disertakan dengan doa yang baik-baik lalu ditabur kedalam tangan yang ditadah oleh pengantin.

Langkah 3 - Air mawar dituangkan sedikit keatas beras kunyit yang ditabur dalam tangan pengantin.

Langkah 4 - Bunga rampai dilabungkan ke udara kiri dan kanan pengantin sambil diucapkan Alhamdulillah.

Pengantin pula akan mengumpulkan semua beras yang ditadah dan disimpan kedalam bekas untuk simpanan sementara dengan bantuan pengapit, Beras tersebut akan dicampurkan dengan beras lain untuk dimasak oleh pengantin perempuan dimasa akan datang supaya dapat dimakan oleh suami isteri pengantin tersebut.

cara langkah istiadat merenjis pernah didokumentasikan dalam lagu lagu pengantin lama seperti ini:-


LIRIK LAGU DI RENJIS RENJIS – R. ISMAIL

di renjis renjis di pilis
di tepungi lah tawar
hai beras kunyit di tabur
disiram si air mawar


duduk muda sejoli
atas pelamin berseri
dihias intan baiduri
sebagai raja sehari


lepas duduk bersanding
jalan rapat berganding
salam bersalam keliling
sambil mata menjeling


riang pengantin baru
gurau senda berc*mbu
aman damai selalu
sampai ke anak cucu

Ditulis Oleh Johan Iskandar
Pengarah Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu
www.tradisional.com.my
www.alammelayu.my

YDP Kelab Riadah Seni Warisan (KERISWARISAN)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalan saya mengapa yang selalu mengharamkan istiadat merenjis ini ialah golongan yang tidak tahu cara merenjis dengan betul apa bila ditanya ?  Cuma yang jelas puak wahabi memang menolak konsep LAM JALALLAH dan mengharamkan semua yang berkaitan dengan LAM JALALLAH.

Isu haram kerana membazir pula langsung tidak masuk akal kerana beras kunyit tersebut sepatutnya dikumpulkan dan dimasak oleh pengantin

3 Liked
ivankashif
kita dikelilingi arab pak wahab