• Facebook
  • Yahoo
  • Live
  • Google
Johan-Iskandar
by on February 16, 2018
1,797 views
  1. Ramai bertanya, apa kebudayaan sebenar Bugis, Minang, Jawa dan banyak lagi ditanah Melayu zaman dahulu kalau ikut adat Melayu?
  2. Apa pula yang akan terjadi pada mereka yang masuk agama islam?
  3. Adakah mereka mengekalkan kebudayaan dan adat tempat asal mereka 100% di tempat orang atau mengikut adat setempat?


Gambar Sumber Utusan Malaysia

Peribahasa Melayu
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Maksud Peribahasa: Hendaklah mengikut aturan danadat yang diamalkan di tempat yang kita berada. Cara kehidupan perlu disesuaikan dengan tempat dan keadaan.

 

 

Saya bagi contoh bukti catatan dan sumber juga fakta konsep di Melayukan seperti

# Peristiwa gelar ”RATU MELAYU”dalam hikayat Hang Tuah memerikan peristiwa Raden Wira Nantaja dari Daha(Jawa) datang ke Bentan dan disambut oleh Raja Melayu(putera Sang Sapurba)”lalu diberikan gelar Ratu Melayu .... Serta memakai CARA Melayu” (rujukan Hikayat Hang Tuah, 51) 

#  Datuk Parmadewan Saudagar Keling di berikan serual beledu (hikayat Hang Tuah:313 cf 81-82) Persalinan lengkap diberkan Kain, baju, seluar, ikat kepala,ikat pinggang,keris. Kutipan dari ayat

  1. - Kain ungu Bertepi Emas
  2. - Baju Antakesuma
  3. - Seluar beledu berantelas
  4. - Destar sirat emas awan berarak
  5. - Ikat pinggang suju air emas

# Catatan New Bold mengenai Datuk Muda Linggi
Baju,kain(sampin), seluar berhias sulaman dilengkapkan dgn selempang, LAPIK DADA, dan bersapu tangan kain batik(ikat kepala)

# Salasilah Melayu dan Bugis , 64-65
”mohon persalinan upu-upu yang muda/lima ceper baharu memada.. apa persalin sudah terkena/baunya harum memberi lena..”(kesimpulannya pakaian mereka ditukar)

Kesimpulannya,Kalau diperhatikan sedikit contoh yg  saya tulis kita nampak tak kira dari mana pun yang datang , Konsep penukaran identiti itu wujud dgn jelas dari sejarah. Sedikit unsur selalu dikekalkan tetapi bentuk asas akan diubah mengikut kesesuaian terutama bentuk. Bangsa lain boleh berubah kalau ikut adat dan kebudayaan setempat. Orang Melayu juga harus menghormati pada mereka yang dimelayukan seperti orang melayu lain.

Contoh gabungan Kesan pengaruh cara hidup, kebudayaan dan adat dari luar ialah :-

  • Tanjak Bugis Tak Balik, Anderiguru Selebu
  • Baju Melayu Kain bugis
  • Majlis perkahwinan yang bercampur kebudayaan
  • Tarian
  • Seni Silat
  • reka bentuk Senjata Tadisional
  • Muzik Tradisional
  • Bahasa
  • Corak reka bentuk
  • Adat istiadat
  • Makanan
  • La Madukelleng keturunan Raja Bugis yang berkhidmat di negeri Perak kurun 17 diMelayukan menjadi Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam.

 

 

Memang ada pengaruh dalam kebudayaan dan cara hidup tetapi konsep Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung tidak berubah. Jika berubah bermaksud bangsanya juga berubah. Sebab itu setiap negeri dahulu mempunyai Sultan yang mewakili simbol bangsa dan agama mengikut negeri. Mereka yang degil tidak mahu ikut adat Melayu bermaksud mereka yang menetang dan tidak mahu menjadi bangsa Melayu. 

Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM
pengarah@alammelayu.my

3 Liked
3 people like this.