November 12, 2017 by
Antara baju hias dengan baju layang, dua jenis baju ini tidak sama. Ramai selalu keliru memanggil baju layang sebagai baju hias.   1. BAJU HIAS Baju Hias ialah baju yang mempunya belahan tengah dan dipakai pada bahagian luar. contoh seperti gambar dibawah ini:- 2. BAJU LAYANG   Baju Layang Ialah Baju Untuk Terbang Atau Kain Yang Dipakaikan Dari Bahagian Belakang Manakala Baju Layang ialah istilah untuk baju untuk terbang . Perkataan Baju layang sudah lama tidak digunakan kecuali dalam penulisan cerita-cerita lama. Baju layang dipakai dalam istana untuk dalam adat istiadat. Selain untuk adat istiadat, Baju layang juga digunakan dalam pertempuran untuk mengelakkan anak panah dan pedang mudah terkena si pemakai dari belakang dan tepi.   Dalam Dewan Bahasa juga ada menceritakan maksud Baju Layang yang sebenar Antara contoh sastera lama yang menerangkan maksud Baju Layang Bentuk Sebenar Baju layang ialah kain bahagian luar belakang contoh seperti dipakai oleh Sultan Selangor  Dalam bahasa english baju layang dipanggil mantle , Mantle banyak dipakai oeh watak supehero dalam movie seperti Superman, Batman dan banyak lagi.   satu lagi panggilan baru yang sering kita dengar ialah baju TEKUA, untuk pengetahuan semua, baju Tekua ialah baju rekaan baru dan bukan tergolong dalam Warisan tradisional Melayu. Ia menggunakan potongan barat/berkerut . Sedangkan baju Melayu wajib mempunyai kekek dan pesak.  Kesimpulannya, Baju layang dan Baju Hias mempunyai bentuk dan kegunaan yang berbeza. kedua jenis baju ini tidak sama langsung.

June 22, 2017 by
Ziarah Kubur Di Hari Raya Bukan Adat melayu. Ade pihak menfitnah mengatakan ziarah kubur pada hari raya adalah adat melayu dan sesuatu bidaah besar. Untuk pengetahuan semua, ini adalah suatu tuduhan menfitnah pada semua bangsa Melayu. Dalam alam Melayu tidak pernah ada adat ziarah kubur pada Hari Raya. Tidak ada satu pun catatan dan sumber fakta mengatakan adat menziarahi kubur adalah adat dalam bangsa Melayu. Saya minta semua perlu memahami keadaan sebenar mengapa Kebanyakan ziarah kubur berlaku pada hari raya. Sebab-sebab utama ziarah kubur pada hari raya ialah;- - Semua ahli keluarga kebetulan pulang pada hari raya di kampung halaman. - Memudahkan proses membersihkan kubur apabila ramai ahli keluarga ada. - Semua ahli keluarga cuti panjang pada masa yang sama. - Untuk tunjuk lokasi sebenar kubur kerana ramai yang lupa dan keliru. - Ziarah kubur pada hari sama memudahkan banyak kerja pembersihan, bacaan doa, jimat kenderaan dan tidak perlu buat banyak kali. - Selalunya akan ziarah banyak kubur serentak, proses ini agak remeh jika perlu buat banyak kali. - Kebanyakan ahli keluarga tinggal dan bekerja berjauhan dari kampung halaman Kesimpulannya ziarah kubur pada Hari Raya adalah bukan suatu adat tetapi lebih pada kebetulan pada hari sama dan memudahkan kerja. Ziarah kubur pada hari raya bukan suatu yang wajib tetapi boleh dipilih tanpa sebarang paksaan.     +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ sinar harian HUKUM MELETAKKAN DAUN DAN BUNGA DI ATAS KUBUR Belum pun habis Ramadhan dah ada pula yang menyerang amalan umat Islam yang menaburkan bunga atas kubur. Dikata perbuatan tersebut menyerupai Kristian dan Yahudi dan bid'ah sesat.  JAWAPAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH :  Firman Allah : Bertasbih kepada Allah apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi (Surah at Taghabun 64:1) 1. Nabi Muhammad shallallaahu 'alaihi wa sallam menyarankan agar di atas kuburan diletakkan pelepah kurma sebagaimana dalam sebuah hadits "Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang dari padanya disiksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini dapat merWallahua'lam sanya selagi ia belum kering." (Riwayat Bukhari, no: 1378 dan Muslim, no: 292) 2. Para Ulama menngqiyaskan/menyamakan pelepah kurma dalam hadits di atas dengan segala macam tumbuh-tumbuhan yang masih basah sebagaimana yang di jelaskan oleh Syaikh Al-Khathib Asy-Syarbini dalam kitab Mughni Al-Muhtaj ويسن أيضا وضع الجريد الأخضر على القبر وكذا الريحان ونحوه من الشيء الرطب ولا يجوز للغير أخذه من على القبر قبل يبسه لأن صاحبه لم يعرض عنه إلا عند يبسه لزوال نفعه الذي كان فيه وقت رطوبته وهو الاستغفار ( و ) أن يوضع ( عند رأسه حجر أو خشبة ) أو نحو ذلك لأنه صلى الله عليه وسلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون صخرة وقال أتعلم بها قبر أخي لأدفن إليه من مات من أهلي رواه أبو داود وعن الماوردي استحباب ذلك عند رجليه أيضا “Disunnahkan menaruh pelepah kurma hijau (basah) di atas kuburan, begitu juga tumbuh-tumbuhan yang berbau harum dan semacamnya yang masih basah dan tidak boleh bagi orang lain mengambilnya dari atas kuburan sebelum masa keringnya karena pemiliknya tidak akan berpaling darinya kecuali setelah kering sebab telah hilangnya fungsi penaruhan benda-benda tersebut dimana selagi benda tersebut masih basah maka akan terus memohonkan ampunan padanya 3. Dalam kitab Fatawa al Hadithiah m/s 196 disebutkan :  " Para ulama beristinbath daripada perbuatan Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam mencacakkan dua pelepah tamar di atas kubur, untuk bolehnya mencacak pokok dan bunga tetapi mereka tidak menerangkan caranya. Walau bagaimanapun, di dalam hadits sahih disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mencacak satu cacakan pada setiap kubur, maka bolehlah diambil pelajaran, ia merangkumi semua bahagian kubur. Maka tujuan yang boleh diambil daripadanya ialah di mana-mana bahagian kubur pun boleh. Abdul bin Humaid dalam Musnadnya bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam meletakkan pelepah itu di atas kubur di sisi kepala mayat di kubur tersebut " 4. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar) berkata: “Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT.  Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir. Menyiram air di atas kuburan dan meletakkan daun-daunan yang hijau (segar) hukumnya sunnah, khususnya untuk kuburan yang baru ditimbun. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah saw memerciki kuburan puteranya tercinta Ibrahim dengan air dan meletakkan daun-daunan yang segar di atasnya (Riwayat Imam Syafi'i, Nailul Authar : 4/84). 6. Di bolehkan menaburkan bunga-bunga segar yang masih basah di atas kuburan2 ,‘karena hal ini(menaburi bunga) dapat meringankan siksaan mayat akibat bacaan tasbih tanaman/bunga diatas pusara tersebut.Lihat ; I’aanah at-Thoolibiin : II/120 يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِْسَ بِهَا مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ Disunnahkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kuburan, karena hal ini adalah sunnah Nabi Muhammad Saw. dan dapat meringankan beban si mayat karena barokahnya bacaan tasbihnya bunga yang ditaburkan dan hal ini disamakan dengan sebagaimana adat kebiasaan, yaitu menaburi bunga yang harum dan basah atau yang masih segar.(I’anah al-Thalibin, juz II, hal. 119)

June 4, 2017 by
Berapa tahun dah anda menyambut hari raya? Tahukah anda apa maksud HARI RAYA? RAYA bermaksud BESAR. Untuk mudah faham sila rujuk perkataan dibawah:- - JALAN RAYA = Jalan Besar - BALAI RAYA = Balai Besar - HANTU RAYA = Hantu Besar - PASAR RAYA = Pasar Besar - KOTA RAYA = Kota Yang Besar Sila viralkan #NOTA_TAMBAHAN. + Mengenai Mualaf boleh beraya? Dalam alam Melayu, Mualaf sepatutnya diMelayukan. Memang konsep di Melayukan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Ini untuk memastikan setiap mualaf tidak dipinggirkan oleh masyarakat beragama Islam akibat kekeliruan. Mualaf juga dianggap oleh Melayu lebih tinggi taraf dari bangsa asalnya. Mualaf mula hidup cara Melayu dan juga menyambut Hari Raya. + Adakah Hari Raya perlu baju baru dan semua baru? Untuk Sambutan Hari Raya, orang Melayu akan cuba jadi se'MELAYU' yang boleh dan bukannya semua baju mesti beli baru. + Duit Raya amalan Melayu? Semasa jajahan British, banyak adat dan cara hidup orang Melayu hampir pupus termasuk Hari Raya. Amalan memberi duit raya pada budak-budak wujud apabila orang Melayu cuba menghidupkan semula konsep rumah terbuka yang hampir pupus. Konsep rumah terbuka amat penting dalam Hari Raya. Memberi duit raya dapat menggalakkan budak-budak pergi ziarah ke rumah berdekatan dan menghidupkan semula konsep umah terbuka yang hampir pupur ketika itu.. + maklumat Tambahan dari Prof Mastor Surat Hari Raya bermaksud 'Hari Perayaan Utama' bagi orang Melayu. Pada hari tersebut orang Melayu akan bergembira dan mengenakan pakaian cantik. Mereka akan mengimbau kenangan lampau serta menyerlahkan Peradaban Bangsa mereka yang tinggi dan pertontonkan kepada temurunan mereka tentang pencapaian dalam peradaban mereka seperti pemakanan, berpakaian serta kediaman yang dihias indah. Orang Melayu juga bermain meriam bagi memperingati kekuatan kependekaran mereka dalam mempertahankan tanah air dengan menggunakan senjata meriam dan bedil dari ancaman dan serangan musuh. Dengan itu peradaban Melayu akan terus dihayati oleh temurunannya. Orang Melayu telah lama menganut agama Tauhid walaupun sebelum hadirnya Rasul terakhir yang membawa syariat Islam. Setelah orang Melayu berhijrah kepada syariat Islam mereka telah menjadikan Idul Fitri dan Idul Adha sebagai 'Hari Perayaan Utama' yang sehingga kini terus dipanggil 'Hari Raya'. Orang Melayu akan membuat rumah terbuka dan menghidangkan makanan istimewa yang sukar untuk disediakan. Lazimnya makanan tersebut adalah untuk bekalan pedagang atau pelaut yang merantau atau mengawal perairan negara. Maka tahulah temurunan mereka bahawa leluhur mereka dahulunya adalah perantau yang belayar ke seluruh pelusuk dunia. Pada hari tersebut orang Melayu akan merendahkan diri mereka untuk memohon maaf dan memberi kemaafan bagi tujuan menyerlahkan silaturrahim dan perpaduan dengan penuh kegembiraan sebagai tanda kemenangan. Kegembiraan ini juga diwarnai dengan alunan lagu raya yang dinukil dan digubah secara khusus, sehingga orang Melayu berupaya mengalunkan takbir Idul Fitri dan Idul Adha dengan sangat merdu dan lunak didengar dan diberi nama 'takbir raya'. Oleh kerana Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha telah menjadi adat, (adat bermaksud sistem kepercayaan) maka orang Melayu akan terus mempertahankan adat ini. Dengan sebab itulah sambutan Idul Fitri dan Idul Adha yang dibuat oleh orang Melayu sangat berbeza dengan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini. Wallahu Taala Aklam  

March 13, 2017 by
Wanita-wanita Melayu (mengenakan baju kurung tradisional) termasuk wakil-wakil dari setiap negeri yang dilatih menjadi guru dilihat berjalan keluar di sebuah kolej di Melaka sekitar 1950-an. Muzium Perang Imperials, United Kingdom. MENYELUSURI sejarah kewujudan baju kurung atau baju Melayu adalah sukar untuk menentukan siapa yang mula-mula menghasilkan atau memakai busana berkenaan. Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Prof. Madya Dr. Haziyah Hussin berkata, baju kurung telah diperkenalkan sejak alam Melayu terutama di Indonesia yang turut dipengaruhi luar khususnya pedagang Islam dan India. “Selain itu, busana tersebut turut dipercayai mendapat pengaruh dari Timur Tengah sebagaimana persamaan yang kita dapat lihat pada potongan leher yang berbentuk Tunik iaitu bentuk leher yang mula-mula digayakan oleh orang Arab terdahulu. Pakaian asal yang digayakan pada ketika itu dalam keadaan ketat dan singkat,” katanya.   Busana baju kurung sekarang berasal dari Johor ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar di Teluk Belanga, Singapura pada 1800. Bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat lain turut dikemukakan mengenai busana tersebut. “Antaranya kenyataan pengkaji sejarah pakaian dan tekstil yang dikenali sebagai Gettinger (1979) yang menyatakan baju kurung merupakan busana yang dipakai oleh penari istana di Palembang. “Beliau juga menyatakan pakaian tersebut popular di Sumatera pada abad ke-20. Sementara itu, seorang penulis buku bertajuk Ungkapan Tradisional Melayu Riau iaitu Tenas Effendy (1989) turut mengumpul maklumat berdasarkan pertuturan orang tua di daerah Riau, daerah rumpun Melayu yang terdekat dengan Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu) tentang baju kurung. “Baju kurung yang digambarkan oleh beliau ialah baju kurung teluk belanga atau baju kurung yang dijahit dengan jahitan tulang belut di bahagian leher yang nampak halus dan rapi. “Busana tersebut merupakan pakaian wanita yang sopan dan juga pakaian setiap ahli dalam golongan masyarakat ketika menghadiri pelbagai majlis dan adat,” katanya. Katanya, baju kurung pada asalnya adalah nama yang diberikan kepada busana tradisional Melayu sama ada bagi golongan lelaki mahupun wanita. “Baju kurung kemudiannya mendapat variasi dari segi nama seperti baju Melayu bagi kurung lelaki sementara pakaian untuk wanita pula dikekalkan dengan nama baju kurung,” katanya. Menurutnya lagi, baju kurung pada awalnya tidak begitu anggun rupa dan gayanya kerana ia dibuat agak besar, Ionggar, labuh dan baju ini pula dijahit mesin di bahagian kelim dan kelepet. “Perubahan bagaimanapun telah dibuat dari segi potongan dan jahitan ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda yang terkenal sebagai ‘Bapa Johor Moden’ begitu mementingkan dan mahukan orang Melayu Johor memakai pakaian yang kemas, segak dan santun. “Bertitik tolak daripada itu maka terciptalah baju kurung teluk belanga yang kemas potongannya dan halus jahitannya,” katanya. Dalam pada itu dari segi sejarah, baju kurung wanita dan lelaki pada awalnya dinamakan sebagai baju kurung teluk belanga. Nama tersebut diberikan berdasarkan nama sebuah tempat di Teluk Belanga, Singapura sempena pemakaian baju tersebut ketika Sultan Abu Bakar bersemayam di situ. “Baju itu diberi nama berdasarkan perubahan yang dibuat pada baju berkenaan oleh baginda khususnya dari segi potongan yang lebih anggun dan jahitan lebih halus, selain memperkenalkan jahitan tangan tulang belut di bahagian leher dan sembat di bahagian kelim dan kelepet,” katanya. Berdasarkan Sejarah Melayu juga, Tun Hassan Temenggung merupakan individu pertama yang mengubahsuai baju kurung dalam bentuk asal kepada bentuk baju Melayu yang dapat dilihat dipakai golongan lelaki pada masa kini. Dengan peredaran zaman, identiti baju kurung telah mengalami pelbagai perubahan yang turut menyaksikan lahirnya baju kurung moden. Evolusi yang berlaku juga memperlihatkan beberapa perbezaan di antara baju kurung tradisional dan moden. “Baju kurung tradisional mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan busana tersebut dengan yang lain seperti berpesak, berkekek, berleher bulat, berlengan panjang dan labuh sehingga di bawah paras lutut. “Terdapat juga ciri khusus lain seperti dijahit sembat pada bahagian kelim dan kelepet, selain turut dikemaskan lagi dengan jahitan tulang belut. “Bagi baju kurung moden pula, busana tersebut tidak berkekek dan berpesak, lengan panjang dan labuh di atas paras lutut. Baju jenis ini biasanya dijahit dengan kelim belah kangkung atau jahit bungkus atau kelim betawi. Bahagian kelepet baju ini biasa dijahit sembat susup atau silang pangkah,” katanya. Tambahnya, istilah kurung moden pula adalah berdasarkan perubahan yang dibuat pada baju berkenaan. Baju jenis ini biasanya ketat dan berzip di belakang, memandangkan pola baju ini tidak mempunyai pesak dan kekek. Bagi baju Melayu pula, pakaian tersebut tidak dikemas dengan jahitan sembat dan tulang belut. Baju teluk belanga bagaimanapun lebih mempunyai nilai tradisi kerana kelim dan baju dijahit sembat dan bahagian leher pula dikemas dengan jahitan tulang belut. Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd 

February 4, 2017 by
Adat Pengurusan Kematian Orang Melayu ini saya belajar semasa kerja sambilan dulu sebagai penggali kubur dan uruskan jenazah zaman sekolah. # Mengenai kenduri tahlil dan hari pengebumian Adat Baru Kematian - Apa yang saya faham, orang kampung akan datang dan membawa makanan seperti pisang, nasi dan apa-apa sahaja untuk meringankan beban keluarga waris pada si mati.Ini juga untuk majlis kenduri tahlil. - Penghulu dan pihak pengurusan masjid akan membantu menguruskan jenazah. Adat Semasa dikubur - Orang kampung akan membantu keluarga si mati gali kubur. - Orang melayu dilarang pakai kasut semasa berada dikawasan kubur atau sedang gali kubur. - Dilarang melangkah kubur orang Islam - kawasan sekeliling Kubur akan dibersihkan setelah jenazah dikebumikan termasuk batu dan benda tajam.. - Baldi atau tempayan air disediakan dilaluan keluar dari kawasan perkuburan untuk membersihkan kaki. - Larangan ketawa semasa ditanah perkuburan - Dilarang duduk atas kubur Bentuk Dan Ciri-Ciri Kubur Orang Melayu - Kubur Melayu ada 2 batu nisan - Batu nisan berbentuk bulat adalah kubur lelaki - Batu nisan berbentuk leper adalah wanita.  - Kain dibalut pada batu nisan bahagian kepala sahaja untuk membezakan mana kepala dan kaki - Antara warna yang digunakan untuk balut batu nisan ialah putih rakyat biasa dan kuning raja (kuning susu) untuk kerabat atau orang besar - Kuning zafran dilarang sama sekali - Dilarang membuat binaan dibahagian atas mayat, Binaan keliling kubur yang tidak menutup atas bahagian mayat dibenarkan, Batu nisan dibenarkan sebagai penanda.   Contoh batu Nisan Perempuan Contoh Batu Nisan Lelaki

January 22, 2017 by
Makanan Tradisional Dihari Raya Ialah Makanan Perang. Setiap kali pada hari Raya akan ada makanan jenis yang tahan lama.Contoh makanan yang dimasak pada hari raya adalah seperti:- - Lemang - Ketupat - Rendang - Rendang tok - Serunding - Dodol - dan banyak lagi makanan yang tahan lama Gambar Lemang Gambar Rendang Tok atau nama asalnya Rendang Tok Bidor Gambar Serunding Gambar Dodol Mengapa Melayu Mengamalkan Adat Ini? Adat ini diamalkan supaya :- 1 - Sebagai latihan persediaan bekalan makanan pergi berperang kerana takut semua bekalan makanan putus dan dikawal penjajah atau musuh jika berlalunya perperangan. 2 - Adalah sebagai penghormatan, menghargai, mengingati perjuangan tentera dan para pejuang orang Melayu zaman dahulu. Sebab itulah makanan jenis ini dicipta oleh BENDARI supaya tahan lama tidak mudah basi atau rosak supaya orang Melayu tidak perlu takut kalau semua punca makanan disekat jika dikuasai musuh. Makanan Jenis Tahan lama Untuk Menguji Bakal Pengantin Perempuan Makanan-makanan seperti ini adalah antara syarat wajib yang mesti semua perempuan Melayu tahu masak pada zaman dahulu sebelum layak berkahwin untuk menilai tahap kesabaran bakal isteri anaknya. Setiap masakan mereka akan dinilai oleh bakal ibu mertua. Ini untuk memastikan bakal isteri untuk anak mereka adalah seorang yang sabar dan tidak panas baran.Antara jenis masakan yang selalu diuji ialah:- - Rendang Tok atau nama asalnya ialah Rendang Tok Bidor - Serunding - Dodol Sejarah Pencipta Makanan Perang Kebanyakan makanan seperti ini dicipta Oleh Bendari, Bendari ialah tukang masak tentera laut di kapal. Makanan jenis ini dicipta oleh BENDARI supaya supaya orang Melayu boleh belayar lebih jauh dengan kapal tanpa putus bekalan makanan kerana tahan lama dan tidak mudah basi atau rosak . Makanan ini juga penting supaya orang Melayu zaman dahulu tidak perlu takut kalau semua punca makanan disekat jika dikuasai musuh apa bila berlakunya perang.Makanan jenis ini tidak perlu dimasak selalu seperti makanan harian sekarang.   Contoh Tanjak Bendari Sebagai penghormatan pada jasa Bendari zaman dahulu, maka terciptalah Tanjak Bendari sebagai satu pangkat yang bertanggungjawab keatas bekalan makanan tentera laut zaman dahulu. Tanpa makanan agak mustahil sebuah kuasa tentera dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Jawatan Bendari juga masih digunakan sehingga sekarang oleh tentera laut sebagai jawatan tukang masak diatas kapal. Sayangnya tidak ramai yang tahu mengapa nama Bendari masih digunakan hanya untuk tukang masak diatas kapal dan bukan didarat.   Antara makanan lain dimasak oleh Bendari ialah ikan masin, ikan perkasam, makanan yang diperam supaya tahan lama.   Ditulis Oleh Johan Iskandar Pengarah Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu www.tradisional.com.my www.alammelayu.my YDP Kelab Riadah Seni Warisan (KERISWARISAN)

January 22, 2017 by
Kalau memakai Keris Keris tersisip sebelah kiri Keris beradat berlembaga Kalau memakai keris terlentang Itu tanda mencari lawan Bagai ayam kokok berdentang Bagai dubalang masuk gelanggang Elok dipakai dalam hutan Atau belayar tengah laut Untuk menjaga-jaga diri   gambar diatas adalah contoh pemakaian keris sampir terlukup atau disebut  keris terapang Kalau keris sampir terlukup Keris tidak mencari lawan Keris tidak mencari musuh Yang dipakai dalam jamuan Yang dipakai pergi bertandang Berbelit punca wali Berselubung sampai ke hulu Tanda beradat berketurunan Patut disebut keris terapang Sumber : Tenas Effendy   Ditulis Oleh Johan Iskandar Pengarah Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu www.tradisional.com.my www.alammelayu.my YDP Kelab Riadah Seni Warisan (KERISWARISAN)

January 22, 2017 by
Tahukah anda bagaimana cara merenjis dengan betul?. Istiadat Merenjis Tepung Tawar Istiadat Merenjis Tepung Tawar semasa hari perkahwinan adalah salah satu cara untuk berdoa semoga pasangan pengantin selamat bersanding. Pada zaman dahulu, upacara Istiadat Merenjis Tepung Tawar dijalankan seorang demi seorang pasangan pengantin dan bukan secara serentak. Istiadat Merenjis Tepung Tawar dijalankan sebelum pengantin bersanding diakhir majlis. Cara dan bahan Istiadat Merenjis dimalaysia juga berbeza dengan cara diluar negara seperti disumatera mereka menambahkan bertih sebagai tambahan. Antara peralatan dan bahan yang diperlukan ialah - Daun untuk merenjis seperti pokok pandan atau daun setawar yang digulung. - Tepung beras yang ditumbuk dicampurkan dengan sedikit air dan perahan daun setawar - Beras kunyit atau beras yg dikuningkan dgn kunyit. - Bunga Rampai iaitu campuran bunga yang wangi dan daun pandan yang dihiris nipis-nipis. - Air bunga mawar - Satu bekas diisi dengan air bunga mawar - 3 mangkuk kecil untuk diisikan mengikut turutan Air Pekat Tepung Beras Beras kunyit Bunga Rampai Cara istiadat merenjis mengikut urutan yang betul ialah:- Langkah 1- Celupkan daun yang digulung sedikit kedalam bancuhan tepung beras dan renjiskan kebadan pengantin dalam bentuk pangkah atau bahasa lamanya ialah (pilis). Posisi dan langkah merenjis mengikut turutan ialah dari atas bahu kiri ke peha kanan bawah pusat, Dari peha kanan bawah pusat ke peha kiri bawah pusat dan dari peha kiri bawah pusat ke atas bahu kanan. Turutan langkah ini akan membentuk huruf Lam Jalalah seperti (gambar rajah 1). Pastikan bahagian bawah renjis mengelilingi pusat seperti gambar rajah dibawah. Langkah 2 - Beras kunyit diambil sedikit oleh perenjis dan disertakan dengan doa yang baik-baik lalu ditabur kedalam tangan yang ditadah oleh pengantin. Langkah 3 - Air mawar dituangkan sedikit keatas beras kunyit yang ditabur dalam tangan pengantin. Langkah 4 - Bunga rampai dilabungkan ke udara kiri dan kanan pengantin sambil diucapkan Alhamdulillah. Pengantin pula akan mengumpulkan semua beras yang ditadah dan disimpan kedalam bekas untuk simpanan sementara dengan bantuan pengapit, Beras tersebut akan dicampurkan dengan beras lain untuk dimasak oleh pengantin perempuan dimasa akan datang supaya dapat dimakan oleh suami isteri pengantin tersebut. cara langkah istiadat merenjis pernah didokumentasikan dalam lagu lagu pengantin lama seperti ini:- LIRIK LAGU DI RENJIS RENJIS – R. ISMAIL di renjis renjis di pilis di tepungi lah tawar hai beras kunyit di tabur disiram si air mawar duduk muda sejoli atas pelamin berseri dihias intan baiduri sebagai raja sehari lepas duduk bersanding jalan rapat berganding salam bersalam keliling sambil mata menjeling riang pengantin baru gurau senda berc*mbu aman damai selalu sampai ke anak cucu Ditulis Oleh Johan Iskandar Pengarah Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu www.tradisional.com.my www.alammelayu.my YDP Kelab Riadah Seni Warisan (KERISWARISAN) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Persoalan saya mengapa yang selalu mengharamkan istiadat merenjis ini ialah golongan yang tidak tahu cara merenjis dengan betul apa bila ditanya ?  Cuma yang jelas puak wahabi memang menolak konsep LAM JALALLAH dan mengharamkan semua yang berkaitan dengan LAM JALALLAH. Isu haram kerana membazir pula langsung tidak masuk akal kerana beras kunyit tersebut sepatutnya dikumpulkan dan dimasak oleh pengantin

January 21, 2017 by
  SEBAGIMANA negeri-negeri lain, Johor juga mempunyai peraturan pakaian bagi istiadat khasnya yang terlibat dengan istana. Peraturan ini diwujudkan pada Maharaja Abu Bakar semasa kerajaan Johor berada di Telok Belanga, dan telah dipinda, ditokok tambah dan diperbaiki dan disesuaikan mengikut peredaran zaman. Sultan Abu Bakar terkenal dengan kecenderungan terhadap pakaian cara Barat khasnya setelah baginda membuat beberapa lawatan ke England. Baginda membawa balik ke Johor cara pakaian bagi rakyat baginda yang setanding dengan negeri moden. Namun begitu Baginda tidak mengetepikan cara dan adat Melayu. Malahan baginda menyesuaikan pakaian Barat dengan unsur-unsur kemelayuan. Maharaja Abu Bakar mempelopori pakaian Melayu Johor yang sekarang disifatkan ikon Johor, iaitu Baju Melayu Telok Belanga. Baju bagi lelaki labuhnya sehingga ke bawah pinggang dengan leher asalnya berlapik lebar dan berkocek dua. Seluar dari kain yang sama corak dan warna baju adalah bertongkah seperti seluar Cina iaitu dengan diadakan sambungan kain dibahagian atas seluar bagi membolehkan-nya diikat tanpa menggunakan tali pinggang. Potongan pakaian ini amat sesuai dengan keadaan iklim kita. Pakaian tersebut dilengkapkan dengan kain samping yang dipakai secara dagang dalam iaitu kain dilipat di bawah baju, sama ada daripada kain pelikat, kain Bugis atau kain sutera. Kepala kain diletak di belakang dan kain dipakai selabuh paras lutut atau ke bawah lutut. Setanjak atau destar yang pernah dipakai dalam zaman empayar Johor kurun ke-16 tidak lagi dipakai sejak zaman Temenggong Daeng Ibrahim. Baginda menggalakkan pemakain turban yang dipadankan daripada penggaruh Arab dan Parsi. Pada awalnya Sultan Abu Bakar meneruskan pakaian turban tetapi selepas tahun 1866, baginda menetapkan songkok baldu hitam dipakai bersama pakaian Melayu. Almarhum Sultan Ibrahim pula menetapkan songkok dijadikan pakaian Melayu Johor. Sultan Ibrahim atas nasihat Dato' Onn mengubah baju lelaki dengan tambahan satu kocek di atas dada dan alas lehernya dijahit halus secara sulaman tulang belut. Satu lagi jenis pakaian Melayu yang dipelopori Sultan Abu Bakar ialah potongan cekak musang. Bagaimanapun hanya putera-putera raja, datuk-datuk dan tuan-tuan syed sahaja yang boleh memakainya dalam istiadat di istana dengan kain samping berdagang luar. Dalam tahun 1982 Almarhum Sultan Iskandar bertitah hanya Baju Melayu Telok Belanga dijadikan pakaian rasmi istiadat dan kain samping dipakai di sebelah luar baju dan dinamakan berdagang luar. Baju Kurung Telok Belanga bagi perempuan labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus sulaman tulang belut, dan tidak berkocek. Almarhum Sultan Ibrahim mengadakan satu kocek. Berbeza dengan baju kurung Malaysia Baju Kurung Telok Belanga mempunyai pesak gantung atau pesak kekek untuk keselesaan pemakainya. Kain yang dipakai termasuk dari jenis batik, kain berbunga atau kain yang bercampur dengan benang emas. Kain mesti yang berjahit, bukan kain lepas, dilipat cara beralun dan diikat labuhnya sampai buku lali. Asalnya pakaian itu boleh dibuat dengan kain semua warna melainkan warna putih, biru dan kuning kunyit sedondon, kerana warna-warna itu adalah warna diraja. Mulai 1 Februari 2010 Sultan Ibrahim bertitah warna larangan ini dihapuskan. Dalam tahun 1995 Almarhum Sultan Iskandar bertitah semua dif wanita memakai Baju Kurung Telok Belanga dalam majlis-majlis istana, serta memakai tudung kepala. Sultan Ibrahim membuat perubahan pada Februari 2010 membolehkan dif perempuan bukan Melayu memakai pakaian hormat masing-masing tanpa bertudung kepala. Dif lelaki bukan Melayu memakai lounge suit warna gelap, kemeja putih lengan panjang dan bertali leher warna gelap, bersongkok hitam dan bersepatu hitam. Jika memakai lounge suit berbutang dua hanya butang sebelah atas dikancing. Butang tengah sahaja dikancing jika memakai lounge suit tiga butang. Jika memakai double breasted suit satu butang sahaja dikancing. Ahli-ahli Darjah Kerabat dan datuk-datuk Johor berhak memakai uniform istiadat yang ditetapkan dalam majlis rasmi kerajaan di mana Raja berangkat. Jika tidak diisytihar Hari Kalong, Ahli Pangkat Pertama memakai kain selepang dari bahu kanan ke pinggang kiri dengan bintang kecil di hujungnya. Bintang Besar Darjah diletakkan di dada kiri. Kalong Darjah dipakai menggantikan kain selepang pada Hari Kalong, iaitu dalam istiadat sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Raja, istiadat kemahkotaan atau ulang tahun darjah. Pada masa sekarang Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dibekalkan dengan uniform istiadat untuk dipakai dalam istiadat perasmian Dewan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, dan juga dalam istiadat istana. Jika Ahli itu telah dikurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran sama ada dari Johor atau dari Kerajaan Persekutuan atau negeri-negeri lain, ia hendaklah memakainya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Darjah berkenaan. Di antara Pegawai-pegawai lain yang berhak memakai uniform istiadat ialah Pegawai Perkhidmatan Tadbir Negeri, Pegawai Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera, Askar Timbalan Setia Negeri, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Persekutuan, Kastam, dan Penghulu-penghulu. Biasanya songkok menjadi sebahagian uniform itu. Songkok tidak boleh ditanggalkan sepanjang perjalanan majlis. Yang pasti hanya boot yang tidak bertali dipakai. Bagi pegawai perempuan memakai court shoes yang bertutup di bahagian hadapan. Peraturan pakaian ditetapkan dalam surat jemputan. Bagi Majlis Rasmi atau Majlis Mengadap Sultan lelaki Melayu memakai Baju Melayu Telok Belanga warna serba hitam, berkain songket berdagang luar, songkok baldu hitam tidak bertekat, sepatu dan stokin hitam. Pakaian stokin dan sepatu hitam telah ditetapkan oleh Sultan Abu Bakar dan bukanlah perkara baru. Dif bukan Melayu memakai lounge suit warna gelap dan bersongkok. Ada masanya lelaki Melayu dikehendakki memakai lounge suit bersongkok. Perempuan Melayu memakai Baju Kurong Telok Belanga dan bertudung kepala, manakala perempuan bangsa lain memakai pakaian hormat masing-masing. Pegawai lelaki memakai kemeja putih lengan panjang atau bush jaket dan bersongkok jika mengadap menjalankan tugas pejabat. Pegawai perempuan Melayu memakai Baju Kurung Telok Belanga dan bertudung kepala. Pakain batik Malaysia lengan panjang bagi lelaki dibenarkan dalam majlis-majlis berunsur hiburan atau sukan. Pakaian Hari Raya boleh digunakan dalam majlis-majlis lain seperti yang ditetapkan dalam kad jemputan. Dalam majlis yang muram seperti istiadat Hari Hol Almarhum kain hitam tenun atau sutera dan bukan songket dipakai dengan Baju Melayu Telok Belanga warna hitam. Lelaki Melayu memakai Baju Melayu Telok Belanga warna putih berkain samping hitam tenun atau sutera dalam istiadat ziarah dengan tanda berkabong lilitan kain putih 2 inci pada songkok hitam. Perempuan Melayu memakai Baju Kurung Telok Belanga warna putih, berkain batik dan bertudong kepala warna putih. Bagi istiadat pemakaman lelaki Melayu yang berhak memakai uniform istiadat. Yang lain memakai Baju Melayu Telok Belanga seraba hitam dan tanda berkabong di songkok. Lelaki bukan Melayu memakai lounge suit hitam, bertali leher hitam dan tanda berkabong lilitan kain hitam lebar 3 inci di lengan kiri. Pakaian waktu berkabong bagi lelaki Melayu ialah songkok hitam dengan tanda berkabong, bagi perempuan Melayu tudung kepala warna putih, dan bagi perempuan lain bangsa lilitan kain hitam 3 inci di lengan kiri. Bagi lelaki bukan Melayu tali leher hitam atau lilitan kain hitam di lengan kiri. Peraturan pakaian ini tidak berniat untuk menyekat kebebasan seseorang, bahkan diadakan bagi menghormati Raja dan menghormati majlis. Ia juga merupakan satu peradaban masyarakat 1Malaysia. Sekiranya seseorang itu berperasaan menyinggung kebebasannya atau bertententangan dengan fahaman kebudayaan bangsanya adalah lebeh elok dia memaklumkan terlebeh dahulu diatas ketidakhadirannya supaya tidak mendatangkan masalah. Tidak perlu dia menghebohkannya dalam media masa. Begitu juga pakaian waktu berkabong bukanlah paksaan, bahkan secara sukarela dan dengan perasaan tulus ikhlas dan taat setia rakyat kepada Almarhum.   Sumber dari DATUK ABDUL RAHIM RAMLI, Beliau ialah Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor   Ditulis Oleh Johan Iskandar Pengarah Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu www.tradisional.com.my www.alammelayu.my YDP Kelab Riadah Seni Warisan (KERISWARISAN)

January 21, 2017 by
Rekabentuk rumah Melayu tradisional amat mengkagumkan kerana ia direkabentuk dengan mengambil kira faktor bahan tempatan dan iklim setempat. Rumah yang sejuk dan mempunyai pengudaraan serta pencahayaan secara semulajadi. Mari sama-sama kita mengenali rekabentuk dan ciri-cirinya. #Pengenalan Rumah merupakan salah satu peralatan budaya yang penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Rumah Melayu dan pembinaannya menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang Melayu yang mendiaminya. Perspektif & Lakaran Luar Rumah Melayu Tradiosional : sumber dari keriswarisan Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya bangsa Melayu dalam bidang seni bina. Reka bentuk tersebut memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.Pada peringkat awal, rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Bentuk ini kemudiannya berubah mengikut arus perubahan zaman. #Apakah 6 ciri-ciri Istimewa Rumah Melayu? Keratan Rentas Rumah Melayu Tradisional : sumber dari keriswarisan #1. Bumbung Rumah tradisional Melayu terdiri dari bumbung tetap, tetapi berubah kepada bentuk limas atau dipanggil’ Bumbung Belanda’ selepas kedatangan penjajah. Bumbung sentiasa condong untuk kesesuaian cuaca panas tropika. Di sepanjang tepian hujung bumbung, dipasang cucur atap atau papan cantik berukir melambangkan kehalusan seni masyarakat Melayu. #2. Anjung Anjung merupakan tempat berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Wanita kebiasaannya di dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung rumah. Ini menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan adat dan tatatertib masyarakat, sehinggakan mereka dipandang tinggi kerana kaya dengan kehalusan budi pekerti. Tambahan, ini bertujuan mengelakkan fitnah, di mana tetamu lelaki hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja. #3. Ruang Utama/Rumah Ibu Ruang utama ini dipanggil rumah ibu sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga. Sesuai dengan nama ini, fungsinya adalah sebagai tempat berkumpul ahli keluarga untuk beristirehat dan bersantai bersama-sama. #4. Bilik Bilik merupakan ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. Kebiasaannya anak lelaki dan perempuan akan diasingkan. Ini melambangkan masyarakat Melayu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka. #5. Dapur Dibatasi dinding antara ruang utama dengan dapur. Dapur sebagai tempat memasak dan tempat khas untuk tetamu perempuan, menandakan peranan perempuan di belakang lelaki. #6. Ukiran Seni ukir banyak didapati di tangga, dinding beranda dan papan cucur atap. Ini membuktikan masyarakat Melayu kaya dengan seni tersendiri. Ukiran yang dibuat bukan sahaja sebagai seni perhiasaan, malah menggalakkan pengaliran udara dan cahaya masuk untuk menceriakan rumah. #Apakah 4 Faktor Mempengaruhi Pembinaan Rumah Melayu? Keratan Rentas Rumah Melayu Tradisional : sumber dari keriswarisan Pembinaan rumah Melayu dipengaruhi oleh 4 faktor utama di bawah : 1. Cuaca Faktor cuaca memainkan peranan dalam reka bentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelakkan banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada reka bentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin di bahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima. 2. Sumber Alam Bahan binaan ialah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap. 3. Budaya dan adat resam Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga. 4. Pengaruh asing Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung atau pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur iaitu praktikal dan seni. #Kesimpulan Kreativiti minda bangsa Melayu yang diwarisi oleh tukang-tukang yang mahir telah menghasilkan reka bentuk seni bina yang bukan sahaja indah malahan halus dan kaya dengan falsafah yang tersirat tetapi mudah difahami. Tetapi sayang, tradisi ini tidak lagi dapat bertahan dalam arus pemodenan bangsa Melayu kerana amat sukar mendapati tukang yang mahir dewasa ini. Semoga maklumat kali ini dapat menambah ilmu dan idea rumah idaman anda. Ciri rumah ini boleh diadaptasikan pada rumah banglo idaman anda. Sumber: malaysiana, scribd.com, keriswarisan.com dan arkib negara Malaysia.