• Facebook
  • Yahoo
  • Live
  • Google
khindi
by on January 23, 2019
8,386 views

Rasulullah s.a.w bersabda : “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [HR Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Hadith ini ditujukan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan pasukan terbaiknya. Melayu Bani Jawi juga termasuk antara pasukan sebaik-baik tentera yang disebut hadith. 

Gambar ini adalah hasil lukisan orang-orang Turki terdahulu dalam menceritakan dan menggambarkan akan suasana sebenar sebuah peristiwa besar yang penuh bersejarah pada masa itu (Penaklukan Kota Kostantinople). Gambar sejarah ini telah berusia ratusan tahun (pada abad ke-16) dan masih disimpan rapi sehingga ke hari ini. Inilah antara gambar yang menjadi bukti kepada kita akan sebuah pasukan Turki Uthmaniyah dan tentera bantuannya yang datang dari seluruh pelusuk dunia Islam dalam membantu membebaskan Kota Kostantinople termasuklah Bangsa Melayu (lihat dalam bulatan merah ; pasukan tentera Melayu yang bertanjak)

Sejarah kedatangan Bangsa Melayu berjihad di Kostantinople tidak disebut dan diceritakan oleh para sejarawan, ianya sengaja tidak ditulis dan diketengahkan. Sudah pasti ada tangan-tangan jahat yang menyembunyikan hakikat kisah sejarah yang sebenar ini.

Bangsa Turki sendiri akui akan kesahihan sejarah bangsa Melayu pernah datang berjihad di bumi Kostantinople, mereka memberitahu bahawasanya Orang Melayu pernah datang membantu mereka dalam membebaskan Kostantinople.

Betapa jauhnya pengembaraan Bangsa Melayu Bani Jawi dalam menyahut seruan berjihad, inilah bukti perhubungan dan kerjasama antara Empayar Turki Uthmaniyah dengan Kerajaan-kerajaaan Kesultanan Islam di Nusantara yang sudah lama tegak berdiri dengan kukuh.

3 Liked
3 people like this.
melur
Allahu...Baru tau