• Facebook
  • Yahoo
  • Live
  • Google
Johan-Iskandar
by on February 22, 2018
10,072 views

Kepala Kain

Kalau betina memakai kain
Kepala terletak di samping kiri,
Atau membelit ke belakang.
Belit sampai ke kedudukan,

Penerangan 1
# Untuk Yang sudah Berkahwin,
- Kedudukan kepala mula dari sisi tepi sebelah kiri membelit kebelakang punggung.
Gambar seperti dibawah

………………………..

 

Kalau kepala sebelah muka,
Duduk menuju atas pangkuan.
Boleh dipakai anak dara,
Bagai penyimak bujang datang.
Bagai pendinding aib malu.

Penerangan 2
# Untuk Yang Belum Berkahwin,
- Kedudukan kepala tengah didepan muka. 
- Kain dari depan peha kiri ke depan peha kanan.
- Kain jangan menyentuh sisi tepi kerana belum pernah berkahwin 
Gambar seperti dibawah


Penerangan 3
# Untuk Janda, Balu
- Kedudukan kepala mula dari sisi tepi sebelah kiri membelit kebahagian hadapan muka.
- Kain harus menyentuh kawasan sisi tepi kerana pernah berkahwin
Gambar seperti dibawah

 


Penerangan 4
# Sisi Kain,
- Bahagian sisi kiri kain hanya boleh digunakan oleh mereka yang sudah berkahwin dan bukan anak dara,
- Bahagian kanan hanya boleh digunakan untuk kaum lelaki manakala kiri untuk perempuan sahaja.
 


Penerangan 5
# Perbezaan Penggunaan Dalam Adat Dan Adat Istiadat.
Adat istiadat ialah peraturan dalam sesuatu majlis dan boleh mengubah adat mengikut kesesuaian dan sesuatu tujuan seperti untuk memudahkan membezakan sultan, pembesar dan rakyat. Adat Dan Adat Istiadat adalah perkara yang tidak sama. Kedudukan posisi kepala kain boleh diubah mengikut adat istiadat sesuatu majlis. Apa yang digunakan dalam adat istiadat hanya diamalkan dalam sesuatu majlis dan bukan harian.  Sebab itu apa yang diamalkan dalam adat istiadat contohnya dalam upacara di istana tidak sesuai digunakan sebagai adat harian. 
 

Sumber ungkapan dari Tengku Nasyaruddin Effendy.
Sumber lisan dari Arif Di Tanjung, Cik Puan Mardiah [Embin], Wan Zaharah,Tengku Nasyaruddin Effendy.

Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh.
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM
pengarah@alammelayu.my

Sila betulkan jika ada sebarang kesilapan maklumat.

 

5 Liked
5 people like this.
baru faham di mana kedudukan kepala kain/topang sebenarnya untuk wanita
Fadzil
Terima kasih atas perkongsian sifu.