• Facebook
  • Yahoo
  • Live
  • Google
Johan-Iskandar
by on June 4, 2017
2,730 views

Berapa tahun dah anda menyambut hari raya? Tahukah anda apa maksud HARI RAYA?

RAYA bermaksud BESAR. Untuk mudah faham sila rujuk perkataan dibawah:-
- JALAN RAYA = Jalan Besar
- BALAI RAYA = Balai Besar
- HANTU RAYA = Hantu Besar
- PASAR RAYA = Pasar Besar
- KOTA RAYA = Kota Yang Besar

Sila viralkan

 

Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM
pengarah@alammelayu.my​​​​​​​


#NOTA_TAMBAHAN.
+ Mengenai Mualaf boleh beraya?
Dalam alam Melayu, Mualaf sepatutnya diMelayukan. Memang konsep di Melayukan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Ini untuk memastikan setiap mualaf tidak dipinggirkan oleh masyarakat beragama Islam akibat kekeliruan. Mualaf juga dianggap oleh Melayu lebih tinggi taraf dari bangsa asalnya. Mualaf mula hidup cara Melayu dan juga menyambut Hari Raya.

+ Adakah Hari Raya perlu baju baru dan semua baru?
Untuk Sambutan Hari Raya, orang Melayu akan cuba jadi se'MELAYU' yang boleh dan bukannya semua baju mesti beli baru.

+ Duit Raya amalan Melayu?
Semasa jajahan British, banyak adat dan cara hidup orang Melayu hampir pupus termasuk Hari Raya. Amalan memberi duit raya pada budak-budak wujud apabila orang Melayu cuba menghidupkan semula konsep rumah terbuka yang hampir pupus. Konsep rumah terbuka amat penting dalam Hari Raya. Memberi duit raya dapat menggalakkan budak-budak pergi ziarah ke rumah berdekatan dan menghidupkan semula konsep umah terbuka yang hampir pupur ketika itu..

+ maklumat Tambahan dari Prof Mastor Surat
Hari Raya bermaksud 'Hari Perayaan Utama' bagi orang Melayu. Pada hari tersebut orang Melayu akan bergembira dan mengenakan pakaian cantik. Mereka akan mengimbau kenangan lampau serta menyerlahkan Peradaban Bangsa mereka yang tinggi dan pertontonkan kepada temurunan mereka tentang pencapaian dalam peradaban mereka seperti pemakanan, berpakaian serta kediaman yang dihias indah. Orang Melayu juga bermain meriam bagi memperingati kekuatan kependekaran mereka dalam mempertahankan tanah air dengan menggunakan senjata meriam dan bedil dari ancaman dan serangan musuh. Dengan itu peradaban Melayu akan terus dihayati oleh temurunannya. Orang Melayu telah lama menganut agama Tauhid walaupun sebelum hadirnya Rasul terakhir yang membawa syariat Islam. Setelah orang Melayu berhijrah kepada syariat Islam mereka telah menjadikan Idul Fitri dan Idul Adha sebagai 'Hari Perayaan Utama' yang sehingga kini terus dipanggil 'Hari Raya'. Orang Melayu akan membuat rumah terbuka dan menghidangkan makanan istimewa yang sukar untuk disediakan. Lazimnya makanan tersebut adalah untuk bekalan pedagang atau pelaut yang merantau atau mengawal perairan negara. Maka tahulah temurunan mereka bahawa leluhur mereka dahulunya adalah perantau yang belayar ke seluruh pelusuk dunia. Pada hari tersebut orang Melayu akan merendahkan diri mereka untuk memohon maaf dan memberi kemaafan bagi tujuan menyerlahkan silaturrahim dan perpaduan dengan penuh kegembiraan sebagai tanda kemenangan. Kegembiraan ini juga diwarnai dengan alunan lagu raya yang dinukil dan digubah secara khusus, sehingga orang Melayu berupaya mengalunkan takbir Idul Fitri dan Idul Adha dengan sangat merdu dan lunak didengar dan diberi nama 'takbir raya'. Oleh kerana Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha telah menjadi adat, (adat bermaksud sistem kepercayaan) maka orang Melayu akan terus mempertahankan adat ini. Dengan sebab itulah sambutan Idul Fitri dan Idul Adha yang dibuat oleh orang Melayu sangat berbeza dengan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini. Wallahu Taala Aklam

 

 

 

3 Liked
3 people like this.