January 19, 2017 by

As-salamu alaykum

Nota ringkas mengenai feqah dalam pertandingan memanah.
Hadith (hadis) cuma menerangkan memanah itu sunnah, tetapi perlu rujukan dari kitab-kitab ulama untuk menerangkan bagaimana yang dimaksudkan memanah dalam islam. Sama juga isu solat, dalam al-quran hanya menerangkan wajib solat tetapi perlu penerangan dari rujukan kitab ulama untuk memahami bagaimanakah itu solat. Dalam pertandingan memang wujud feqah untuk pertandingan memanah supaya majlis pertandingan dan hadiah tidak terjerumus kepada haram. Ini penting supaya yang haram tidak masuk dalam darah daging, bersubahat dengan majlis haram dan mencemarkan nama sunnah dengan perkara haram. Paling ditakuti ialah sesuatu yang haram dibelanjakan kepada anak dan isteri hingga menjadi darah daging mereka.

Saya berkongsi nota ringkas panduan yang diajar oleh guru kitab memanah kami Syed Md Aleh Solihin bin Syed Ahmad Sidik. Pengajian memanah kami habis selama dalam tempoh 6 bulan. Boleh juga bagi nota ringkas ini kepada guru-guru atau tokoh agama besar juga antarabangsa untuk kepastian. Saya sudah bagi rujukan nama kitab didalam nota. Terpulanglah hendak ikut atau tidak. Semua atas pilihan masing-masing.Saya tidak kisah digelar haluan kiri, yang penting saya keluarkan apa yang benar. maka terlepaslah tanggungjawab saya.

Attachments
nota 2 final-01.jpg (1.2 Mb, 15 views)
nota 1 final-01.jpg (876.94 kb, 13 views)
Johan-Iskandar
Saya berkongsi sedikit mengenai soalan yang ditanya kepada saya mengenai Feqah Pertandingan Memanah.
SOALAN 1: Adakah hanya seorang Muhallil sahaja boleh mengelakkan suatu pertandingan memanah dari terjebak kepada perjudian, haram?
JAWAPAN soalan 1: Tidak, hanya memenuhi syarat Satu muhallil sahaja ti...View More
Johan-Iskandar
SOALAN 2: Adakah hadiah dari sponsor dan hadiahnya bukan diambil dari yuran penyertaan memadai untuk suatu pertandingan memanah dari terjebak kepada yang haram ?
JAWAPAN soalan 2: Tidak, walaupun hadiah dari sponsor dan tidak menyentuh duit yuran, pertandingan harus mengikut beberapa syarat yang lain...View More