Categories
Kalau memakai Keris
Keris tersisip sebelah kiri
Keris beradat berlembaga
Kalau memakai keris terlentang
Itu tanda mencari lawan
Bagai ayam kokok berdentang
Bagai dubalang masuk gelanggang
Elok dipakai dalam hutan
Atau belayar tengah laut
Untuk menjaga-jaga diri
gambar diatas adalah contoh pemakaian keris sampir terlukup atau disebut keris terapang
Kalau keris sampir terlukup
Keris tidak mencari lawan
Keris tidak mencari musuh
Yang dipakai dalam jamuan
Yang dipakai pe...
4.5k+ views
8 likes
Kepala Kain
Kalau betina memakai kain
Kepala terletak di samping kiri,
Atau membelit ke belakang.
Belit sampai ke kedudukan,
Penerangan 1
# Untuk Yang sudah Berkahwin,
- Kedudukan kepala mula dari sisi tepi sebelah kiri membelit kebelakang punggung.
Gambar seperti dibawah
………………………..
Kalau kepala sebelah muka,
Duduk menuju atas pangkuan.
Boleh dipakai anak dara,
Bagai penyimak bujang datang.
Bagai pendinding aib malu.
Penerangan 2
# Untuk Yang...
9.4k+ views
5 likes
Tahukah anda bagaimana cara merenjis dengan betul?.
Istiadat Merenjis Tepung Tawar
Istiadat Merenjis Tepung Tawar semasa hari perkahwinan adalah salah satu cara untuk berdoa semoga pasangan pengantin selamat bersanding. Pada zaman dahulu, upacara Istiadat Merenjis Tepung Tawar dijalankan seorang demi seorang pasangan pengantin dan bukan secara serentak. Istiadat Merenjis Tepung Tawar dijalankan sebelum pengantin bersanding diakhir majlis. Cara dan bahan Istiadat Merenjis dimalaysia juga berb...
16.3k+ views
5 likes
Tanjak ada Titisan Terimba. Jangan terkeliru antara perbezaan antara Titisan Terimba dengan Sanad. #Titisan_Terimba Titisan Terimba ialah Salasilah atau silsilah Titisan Terimba adalah seperti gambarajah ini. Hanya mereka yang benar belajar secara lengkap dan bukan sampingan sahaja yang tahu mengenai ilmu ini. Titisan Terimba menyimpan banyak rahsia sejarah tanah Melayu yg tersirat. Contohnya dengan melalui Titisan Terimba kita boleh tahu apa sebenarnya terjadi dalam sesuatu kerajaan atau kejadi...
2.5k+ views
4 likes
Rekabentuk rumah Melayu tradisional amat mengkagumkan kerana ia direkabentuk dengan mengambil kira faktor bahan tempatan dan iklim setempat. Rumah yang sejuk dan mempunyai pengudaraan serta pencahayaan secara semulajadi. Mari sama-sama kita mengenali rekabentuk dan ciri-cirinya.
#Pengenalan
Rumah merupakan salah satu peralatan budaya yang penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Rumah Melayu dan pembinaannya menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang Melayu yang mendiaminya.
Pers...
3.4k+ views
4 likes
Ramai bertanya, apa kebudayaan sebenar Bugis, Minang, Jawa dan banyak lagi ditanah Melayu zaman dahulu kalau ikut adat Melayu?
Apa pula yang akan terjadi pada mereka yang masuk agama islam?
Adakah mereka mengekalkan kebudayaan dan adat tempat asal mereka 100% di tempat orang atau mengikut adat setempat?
Gambar Sumber Utusan Malaysia
Peribahasa Melayu
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Maksud Peribahasa: Hendaklah mengikut aturan danadat yang diamalkan di tempat...
1.7k+ views
3 likes
Rasulullah s.a.w bersabda : “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [HR Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]
Hadith ini ditujukan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan pasukan terbaiknya. Melayu Bani Jawi juga termasuk antara pasukan sebaik-baik tentera yang disebut hadith.
Gambar ini adalah hasil lukisan orang-orang Turki terdahulu dalam menceritakan dan m...
7.9k+ views
3 likes
Berapa tahun dah anda menyambut hari raya? Tahukah anda apa maksud HARI RAYA?
RAYA bermaksud BESAR. Untuk mudah faham sila rujuk perkataan dibawah:-
- JALAN RAYA = Jalan Besar
- BALAI RAYA = Balai Besar
- HANTU RAYA = Hantu Besar
- PASAR RAYA = Pasar Besar
- KOTA RAYA = Kota Yang Besar
Sila viralkan
Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh.
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM
pengarah@alammelayu.my
Akademi Seni Tradisional Warisan Mela...
2.6k+ views
3 likes
SEBAGIMANA negeri-negeri lain, Johor juga mempunyai peraturan pakaian bagi istiadat khasnya yang terlibat dengan istana.
Peraturan ini diwujudkan pada Maharaja Abu Bakar semasa kerajaan Johor berada di Telok Belanga, dan telah dipinda, ditokok tambah dan diperbaiki dan disesuaikan mengikut peredaran zaman.
Sultan Abu Bakar terkenal dengan kecenderungan terhadap pakaian cara Barat khasnya setelah baginda membuat beberapa lawatan ke England.
Baginda membawa balik ke Johor cara pa...
2.4k+ views
2 likes
Adat Pengurusan Kematian Orang Melayu ini saya belajar semasa kerja sambilan dulu sebagai penggali kubur dan uruskan jenazah zaman sekolah.
# Mengenai kenduri tahlil dan hari pengebumian
Adat Baru Kematian
- Apa yang saya faham, orang kampung akan datang dan membawa makanan seperti pisang, nasi dan apa-apa sahaja untuk meringankan beban keluarga waris pada si mati.Ini juga untuk majlis kenduri tahlil.
- Penghulu dan pihak pengurusan masjid akan membantu menguruskan jenazah.
Adat S...
2.3k+ views
2 likes
Wanita-wanita Melayu (mengenakan baju kurung tradisional) termasuk wakil-wakil dari setiap negeri yang dilatih menjadi guru dilihat berjalan keluar di sebuah kolej di Melaka sekitar 1950-an. Muzium Perang Imperials, United Kingdom.
MENYELUSURI sejarah kewujudan baju kurung atau baju Melayu adalah sukar untuk menentukan siapa yang mula-mula menghasilkan atau memakai busana berkenaan.
Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Prof. Madya Dr. Haziyah Hussin berkata, baju kuru...
1.8k+ views
2 likes
Makanan Tradisional Dihari Raya Ialah Makanan Perang.
Setiap kali pada hari Raya akan ada makanan jenis yang tahan lama.Contoh makanan yang dimasak pada hari raya adalah seperti:-
- Lemang
- Ketupat
- Rendang
- Rendang tok
- Serunding
- Dodol
- dan banyak lagi makanan yang tahan lama
Gambar Lemang
Gambar Rendang Tok atau nama asalnya Rendang Tok Bidor
Gambar Serunding
Gambar Dodol
Mengapa Melayu Mengamalkan Adat Ini?
Adat ini diamalkan supaya :-
1 - Sebagai l...
3.8k+ views
1 like